Thursday 4 December 2008

Happy Birthday Iman Zahin!!! ~ 4 tahunnnnn laaa!

Hari ni genap umur Iman 4 tahun!! Waaa...sekejap jer masa berlalu. Dah 4 tahun rupanya anak aku nih. Sambutan birthday Iman tahun ni ala kadar jer,kami sambut kat rumah sahaja. Janji ada kek & lilin utk dia tiup. Itu pun suka bukan main!.Ini sambutan kali ke-2 dia kat Sheffield. Sorry la Iman yer..nanti tahun depan kita wat best2 sikit..InsyaAllah dgn adik sekali wokehhh!

bes1
Senyum meleret sampai telinga nak potong kek!

Tahun ni aku tak dpt buatkan kek besday dia. Pilih kek kat M&S ajer. Dalam banyak2 kek, dia pilih pulak kek "Harry the Hedgehog" nih.So,tahun ni tema kek ialah "Kek Landak"!..wakakakakaka!.

bes2
Ini lah 'Kek Landak' Iman...nak gelak pon ada aku tgk kek nih!..wakakakaka!

Aceli, beli 2 biji kek utk Iman..satu lagi nak bawak pegi Nursery. Dah tak wat majlis kat rumah, biarlah dia bergumbira potong kek kat sekolah dia. At least ada kengkawan nyanyi lagu Hepi Besday reramai...

sek1
Kek coklat dan 1 tin coklat Cadbury Heros utk Iman bawak sekolah.

Alkisahnya, banyakla songeh sikit nak carik kek readymade utk bawak ke nursery. En. Saiful dah beli kek yg agak presentable utk dipotong kat sekolah Iman. Sekali tgk betul2, dia tak perasan ada label "Not Suitable for Nuts Allergy Sufferer". Cikgu nursery dah pesan, kalo nak bwk kek kena ada label "Suitable for Vegetarians" dgn "No Nuts". Nursery particular sikit bab2 allergy ni..takut budak2 yg allergic pada nuts makan dan memudaratkan.So, sebelom kek tu kena reject kat sekolah, En. Saiful pun pegilah pulangkan kek tu kat M&S dan pi carik kek yg sesuai kat Tesco. Dapatlan kek coklat vegetarian & no nuts. Fuhh...nasib baik sempat.Kesian kalo tak sampai hajat Iman nak potong kek kat sekolah kang!

bes3
Detik2 nak tiup lilin.Muncung sedepa! Sapa lagi tukang nyanyi lagu besday...akuuuu & bapak dia jugak!

bes5
Potong kek sambil membebel..."Iman potong Hedgehog!"

bes7
Dah abis acara potong2 kek...dia pun bantaila makan kek Landak dia dgn bapak dia...

bes6
Bapak dia tgh tunggu giliran nak kena suap. Kek readymade M&S ni sedap jugak la...Ingat tak sedap sgt. Lembut jugak dan tak manis sgt.Rasa ala2 kek coklat kukus yg aku pernah buat dulu..ahaks!. Boleh la utk kes2 desperate mcm kali ni!.

bes8
Ni gambar request dari Iman..dia cakap nak gambar dia tgh cium Hedgehog dia..."Sayang Hedgehog!!" ..hahahahaha!

bes9
Dah abis acara potong kek, acara makan2 pulak. Ting tong!! abg pizza dtg..hahahaha! Mmg kompem aku tak masak apa2 special arini. So, menu special utk besday dinner aritu ialah..pizza & donner kebab!

So, sampai jugak la hajat kami nak tgk Iman potong kek tahun ni. Kalo ikutkan nak wat majlis sikit mcm tahun lepas, tapi tahun ni..kami wat ala kadar aje.

Untuk Iman Zahin,

Semoga Iman jadi anak yg baik dan taat pada Ummi dan Babah. Jadi anak yg cerdas & cergas. Mendapat kesihatan yg terpelihara dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Takmo notty2 ok!Dengar cakap Ummi & Babah.


Adiah??? belom carik lagi....kuikuikuiii!!!

Thursday 27 November 2008

Ku khabarkan berita gumbira ku ini......

Salam semua,

Dah lama tak dpt update blog. Dalam kesihatan yg tak mengizinkan, rupa2nya ada khabar berita yg amat gumbira utk aku sekeluarga. Org kata diam2 ubi berisi, aku diam2 duk rumah demam, rupanya pun ada isi. Aku terima rezeki pemberian Allah ini dgn rasa syukur yg amat sangat. Pada kawan2 yg selalu mengusik "bila Iman nak dpt adik?" atau ala2 usikan mendoakan tu, akhirnya usikan korang tu termakhbul. Jangan main2...ayat power tuuuu!

DSC_0175
* Dapat kad ibu mengandung dari NHS.

Pada kawan2 yg jauh di mata, utk keluarga di Malaysia...ni kira berita rasmi lah yer! Kandungan baru berusia dlm 9 minggu ...dijangka lahir pada bulan 7, 2009. Doakanlah kesihatan yg baik & dpt melepasi 1st trimester ini dgn tabah. Kali ni agak mencabar dari yg pertama,simptom2 mabuk tu ada..cuma Alhamdulillah..masih boleh lagi di kawal. Kalau dulu masa mengandung Iman time ni, boleh lagi lompat kijang ni rasanya!. ahaks....

ALKISAHNYA.....

Nak citer sikit procedure nak mengesahkan kita ni peknen kat UK nih atau khususnya kat Sheffield nih. Lepas jer kita buat test sendiri kat rumah (aku wat 3 kali tau, kasik kompem 200% nih), kita pegi kat GP (Highgate Surgery) kata kita nak wat peknency test. Keje diorg senang jer, bagi jer urine sample kita kat dia, lepas tu dia suruh balik rumah , duk diam2..tunggu dia call bgtaw test tu +ve atau -ve. So, aku dpt result urine test aku tu pada keesokkan hari nya, dia pun kompemkan yg kita ni peknen..dan dia suruh kita wat appointment dgn midwife pulak. Appointment midwife ni kat Tinsley Green... tempat lain, bukan kat GP tu. Nasib baik lah area Tinsley ni semua walking distance, rasa lah convenient sikit. Dalam telefon tu, dia nasihatkan utk amik acid folic, boleh beli kat farmasi. Kalo kat Mesia ni, balik klinik..kompem aku balik berbondong2 dgn ubat peknen...betul tak?Kat sini, pandai2 lah ibu2 mengandung ni jaga kesihatan yer.....

So, aku pun wat lah appointment dgn midwife kat Tinsley Green. Dapat appointment dlm 10 hari selepas tu. Bila jumpa midwife ni, dia cuma amik detail..isi borang yg tebal giler..sembang2 then dia lak wat appointment dgn kita nak wat house visit. Waduh....house visit pulak!. 3 hari lepas tu,dia pun dtg wat house visit. Sambil sembang2. Pada aku, dia cuma nak tgk environment kehidupan kita, samada sihat atau tidak dan mungkin jugak nak kompemkan tempat tinggal kita. Terasa jugak di hargai tau...walau pun dia belum pegang badan kita ni lagi... buat2 check nadi kehapa...at least la kan! hahahahahah!

Lepas midwife wat house visit, kita tunggu pulak surat dari Hospital utk following check up. So, surat tu aku dah dpt dan appointment seterusnya ialah pada 9/1/2009! Waaa...manyak lama lagi mau jumpa doktor. Masa tu kandungan dah berusia 15 minggu, baru lah dpt amik darah & wat 1st scan. So, ubat utk peknency semua, silalah beli sendiri dan jagalah kesihatan sendiri. Memang terasala jugak sbb dulu masa peknen kan Iman, sure dah dpt monthly appointment, pastu tiap kali pegi mesti scan dan tgk kandungan. Balik pulak, bawak ubat berbondong2..so, yg ni mmg independent sesangat lah.

Begitulah ceritanya...dah biasa senang kat Mesia, bila diajar independent kat sini, terkial2 lah jugak. Tapi , bagus jugak. Bukan semua benda kita boleh dpt dgn senang lenangnya kan....sesekali bila kena belajar bersusah payah..baru terasa hidup ini lebih bermakna...heheheheheh! sekian liputan khas ibu mengandung pada entry kali ini....nak pi carik makanan sat..lapor! heheheheheh.

Saturday 8 November 2008

Tetiba teringat...rindu pulak!

Dah lama aku simpan collage nih. Tetiba aku teringat apasal aku tak publish. Hari ni, aku tetiba rindu pada Iman masa zaman dia baby2. Pagi ni, aku tengok muka Iman masa dia tgh tidur...tetiba rasa sayang yg amat sangat. Macam baru tersedar anak aku sorang ni dah nak masuk 4 tahun. Masa kecik, lain keletahnya...dah besar sikit, lain pulak cerita. Entah macamanalah agaknya...10 tahun ...20 tahun akan datang. Tak terbayang!!

iman1
Ni koleksi gambar hari pertama Iman melihat dunia. Hari Sabtu pukul 4.15 ptg, 4 Dec 2004..betul2 lepas azan Asar. Gambar yg pakai blanket biru tu, diambil dlm pukul 8 malam kot. Yang berbedung putih tu pulak, hari ke 3. Yang lain2 tu semua gambar dlm masa 2 minggu berpantang kat rumah mak aku. Masa tu aku tetiap hari mmg keje tukang amik gambar dia. Saja nak tgk apa yg berubah...

iman2
Ni pulak umur dari 6 bulan hingga ke 12 bulan. Dia ni mmg pantang jumpa air. Memang hantu air sungguh!.. Siap aku saja mandikan dia dlm bekas mandi dia tu kat luar rumah, suka betul dia!.Korang tgk...rambut pun takde. Masa tu aku risau gak, kot2 sampai besar rambut 2-3 helai jer. Emm...tgk sekarang..lebat jugak rambut dia!Lagi satu, dulu aku ingat Iman ni kurus sbb dia mg maintain jer badan dia camtu..tak gemuk2. Tapi bila tgk balik gambar, semangat rupanya budak ni!

iman3
Gambar dlm ni campur2 pulak. Gambar yg atuk pegang tu, gambar masa turun tanah kat Masjid kampung aku. Masa ni umur dlm 4-5 bulan kot.Yang lain2 tu gambar dia umur 6 bulan ke 1 tahun. Sebab atuk dah bagi lesen besar pijak tanah, umur 1 tahun tu dia dah biasa jalan2 kat pasir. Selalu lepak kat Pantai Morib, kasik lepas dia main pasir. Puas hati dia! Iman dari kecik mmg jenis laju..pantang lepas jer, terus nak berlari. Jenuh nak ngejor. Lagi...gambar aku balik kerja..lepas amik Iman kat rumah pengasuh, Mak Mar. Tgk mata aku tu...layu jer. Sebab malam mmg tak penah puas tido. Iman mintak susu setiap 2 jam sampai umur dia 1 tahun setengah. Tu yg makayah diajadi blackmetal...lebam je mata kat tempat kerja!

Itulah antara kenangan2 Iman masa baby. Alhamdulillah..aku bersyukur dgn kurniaan Allah ni....Amiiinnn!

Monday 3 November 2008

Iman dgn En. Pooh

pooh

Tgk Iman pakai spek yg Maktok belikan utk En. Pooh dia masa bsday party Zahirah. uat pulak tu kat dia..cmtu la rupa klo dia pakai spek kan....

Wednesday 29 October 2008

Happy Birthday Zahirah!!!

zah1

HAPPY 3rd BIRTHDAY TO NUR AINA ZAHIRAH!

Hari Ahad 26/10 tu kitorg join birthday party Zahirah, our dearest cousin kat Centre Court Shopping Centre, Wimbledon. Walaupun, diorg baru jer balik dari Italy malam tu, si besday girl tetap ceria! Birtday celebration buat kat 'Build-A-Bear Workshop'. So, temanya ialah party bear la kan!...

So, mak bapak takyah susah2 masak bagai...bagi jer kat party planner tu buat keje. Party yg paling simple ...hassle free! NO mess and NO clean up! Just sediakan kek ajer dan packed lunch. Keje party planner ni senang jer, suruh budak2 ni pilih jer mana satu bear yg jadi pilihan hati..lepas tu tunjuk & suruh budak2 tu take part dgn how to make a bear! Masukkan kekabu bear tu..jahit!..Lepas tu kena sematkan dlm hati diorg ..kena sayang kat bear tu as that bear is your besfren now! Simple but seronok! Mula2 Iman blur2 jer sbb dia cuma tau Kiki jer, bear kucing dia tu..sekali kena pilih bear banyak2...terpinga2 dia! Last2 dia pilih Pooh jer. Party tu amik masa dlm 2 jam camtu ...

zah2
Gambar2 Zahirah & bapak dia..pastu yg gambar bawah tu..Maktok dia dtg holiday sejak raya haritu. Yg budak comel tembam tu, Azmarea...daughter kawan Ucu, Marissa.Iman pulak masa tu dah ready utk start main games. Bear games!!

zah3
Gambar2 sekitar majlis...yg rongak gigi depan tu 2nd sister Zahirah, Farzana. Gigi dia tercabut dlm keta masa dlm perjalanan nak ke besday party! Siap gigi hilang dlm keta lagi...hahahahha!

zah4
Iman buat tataw jer..syiokkk jer dia korek hidung!Masa ni budak2 tgh main hide n seek. Bear yg diorg pilih kena sorok...then bebudak ni kena tutup mata & carik bear diorg sendiri dlm kedai tu. Kira macam memupuk sense of belonging la!

zah5
Masa ni diorg tgh diajar macamana nak masukkan kekabu dlm bear tu. Lepas tu bebudak ni pulak disuruh tekan2 button kasik life,love,frenship punya roh masuk la konon!

zah6
Bila semua bear dah kena isi..maka time utk potong kek pulak...Hugs tu kira mascot tu pun keluar...budak2 ni suka la peluk si Hugs ni...termasuk la mak budak sekali..ahaks! Sekali sekala interfrem...oh yeah! budak yg pakai riben besar warna pink tu kakak pada besday girl...Shafikah nama dia.

zah7
Masa ni budak2 tgh wish Happy Birthday to Zahirah. Takde pulak pasang lagu atau nyanyi lagu birthday. Mungkin sebab buat pun kat dlm kedai camtu jer..takde ruang specific..so, kalo nyanyi kang ..bising sgt kot! Yang gambar Iman gosok2 bentuk love kat kepala tu kononnya nak masukkan rasa kasih dan sayang kat dlm bdn bear tu....emm..layan jer lah kannn!

zah8
Antara gambar candid Zahirah...comel kan!Oh ya...dah bnyk2 gambar..baru terkeluar muka mak besday girl..tu la Ucu, makcik Saiful yg bongsu.

zah9
Close up Zahirah....Happy Birthday again dear!!!

So, berakhirla acara sambut birthday kat Build-A-Bear Workshop. Semua budak dpt bawak balik seekor bear siap dgn baju lagi! Iman pilih baju batman utk Pooh dia. Aku pon belikan seluar jeans utk bear dia...and, Maktok belikan spek mata utk Pooh Iman. Hahahahaha...mcm soping utk anak lagi sorang pulak! Gambar Pooh baju Batman nanti aku amik ok!...

Lepas tu , Uncle Amir belanja makan kat Indian Restourant. Makan nasik beriani dgn tosei sampai mata pun nak tutup...kenyang!!..Alhamdulillah...

Lepas habis semua acara, kami pun berangkat pulang ke Sheffield pada pukul 5 ptg. Sampai kat rumah dlm pukul 9 camtu....dah selamat lah semua plan on this weekend!

Legoland Return!!

So, as we plan..kami pun sampai la ke Legoland selepas melilau kat Windsor Castle. Jarak dari Windsor Castle ke Legoland tu tak jauh..dm 15 minit by car. Bila nampak jer signage Legoland, Iman pun menjerit suka! Masa kat Windsor Castle dia dah buat perangai sebab kitorg promise nak ke Legoland tapi tup..tup pegi singgah castle pulak. Hangin la dia!

Kitorg ingat dlm cuaca yg sejuk ni, takde lah org nak pegi Legoland..tapi, mak aii! bila sampai tu..penuh parking sampai diorg bukak extra parking sampai zon E. Yg parking zon E tu kitorg ler....kenalah menapak sikit.

Alkisahnya, hari tu ada 'Star Wars Fireworks'...patutla ramai org bagai nak gila.Sapa yg ada Full Annual Pass jer buleh masuk. Sekali bila dah sampai entrance, baru perasan ...pass kitorg Basic Annual Pass ajer. Itu pun dulu Uncle Amir yg buatkan.Basic Annual Pass ada certain restricted date yg tak boleh masuk.Aku pun tak check betul2 sbb klause yg kata tak leh masuk tu....kenit jerrr!. So, nak taknak top-up la duit sikit utk upgrade ke Full Annual Pass. Waa...ini lagi lesen besar nak masuk Legoland! Takde had punya!!

l7
Ini lah 'Helikopter Driving Class' idaman kalbu Iman & Babah yg tak sempat naik sebelom ni. Datang2 terus tuju main helikopter! Tersengih2 Iman suka!

l8
Ini pulak naik belon udara. Aku jadik tukang tarik tali kasik belon tu naik dan turun. Dah pegi tu mmg nak bagi Iman happy jer. Makpak nya tak yah la citer...mmg kasik layan jer la anak bujang sorang tu!

l9
Ni pulak naik keta bomba. Gambar tak amik masa main sbb makpak & anak sekali kena join. Makpak kena pam keta tu kasik gerak...pastu lari kat pili bomba tu, pam air pulak...yg Iman kena padamkan api lah konon..pastu naik balik keta bomba..makpak kena pam balik utk balik ke stesen bomba. Penat seh! Naik semput taw! Games ni kena lumba dgn team sebelah. Kitorg menang ke tak, tak perasan pulak....emm..menang la kot!..hahahaha!

l10
So, malam tu pulak dlm kul 6.30 ..StarWars Firework pun start. Show ambik masa dlm 45 minit jer...tp, kena chop tempat dari pukul 5.30 ptg! Itu pon dah ramai org...kitorg duduk jer menyelit2 jer...takyah sibuk2 nak chop seat.Tapi kematu la sejuk punggung. Tapi, sebab nak tgk bunga api punya pasal...kena sabar la sikit.

l11
Gambar firework ada banyak tapi korang tgk la mana yg aku sempat upload dulu yer..45 minit mendongak tgk langit jer, nasib baik tak terkehel leher...okie dokie...sekian liputan utk Legoland Return!

Autumn in Windsor Castle - 25 October 2008

Dalam minggu2 terakhir Syawal, sempat jugak kami berkunjung buat kali ke-3 ke London dlm tahun 2008 ni. Rasanya ini kali terakhir kot utk tahun ni. Tak tau la..ada rezeki, tahun depan dtg lagi!

Perjalanan selama 3 1/2 jam tu bermula pada pukul 7.30 mlm hari Jumaat .Tiba kat Richmond, London lebih kurang 11 malam. Uncle Amir & Ucu takde kat rumah pun,pegi holiday kat Italy so, dia mintak kitorg amik kunci kat concierge then bukak rumah.Jadik tuan rumah ler kitorg sekejap...hehehehehe!

l1
Aksi Iman lompat2 trampolin depan rumah

Hari Sabtu tu pulak, kitorg pun plan nak gi memana. Ikut plan nak gerak ke Legoland jer, buat return sbb pegi last July aritu tak puas main. Lagipun ada Annual Pass kan...masuk ler sesuka hati.

Tapi, teringat pulak satu lagi main attraction nearby Legoland tu tak singgah. Dulu nak pegi tak sempat sebab semua bebudak dah penat bersuka ria kat Legoland.So, kali ni kitorg singgah dulu. Memandangkan cuaca pon sgt cun utk bergambar ria...

l2
Ini kat River Thames sideview....ada bot..tempat lepak...burung2...

l3
Ini pulak kat walkway Windsor Castle, berdepan dgn Royal Windsor Shopping.Iman main dgn maple leaf yg gugur time autumn nih...cantik kaler merah dia!

l4
Nampak dlm gambar cuaca mcm panas jer kan..tp, sejuk ya rabbi....grrrrr...! nak duduk pon tak senang..sbb kena tahan sejuk. Pakai baju dah berlapis...teringat duvet kat rumah...sedap kalo nyuruk dlm duvet nih! Masa ni baru lah rasa rindu sgt nak balik Mesia...kat sini sejuk bangettt!

l5
Pose tak berapa jadi Iman dgn En.Saiful dpn Windsor Castle. Nak masuk kena bayar. Tak check pulak berapa entry charge dia.Kitorg mmg tak masuk sbb musti amik masa nak pusing2 dlm castle tuh.

l6
Pemandangan kat halaman Windsor Castle..rumput2 masih hijau. Cantik sgt view dia..!

Tuesday 28 October 2008

Open House Darnall - Entry Makan Sampai Lebam!

Open house ramai2 kat Subud, Darnall.Tgk2 gambar je lah yer...

Dan gambar seterusnya..rentetan peristiwa open house dlm satu hari...Ahad, 19 Oct 2008.

raya darnall 2

raya darnall 3

raya darnall
Siap ada besday and anniversary celebration lagik....

raya darnal 4
Posing sekeluarga...Iman muka tak seriyes laaa...

Ni jalan raya rumah Razif / Azlina kat Woodhouse...rumah dia...kelass gituh!
raya razif1

raya razif2

Ni pulak jenjalan raya rumah Ustaz Hasri/Laily....
raya razif3

raya ustaz1


HA...NI YG DINAMAKAN..ENTRY RAYA...MAKAN SAMPAI LEBAM!!! TAK CAYA...TGK IMAN TUUU...
raya iman

Thursday 23 October 2008

Open House @ 17, Oversley Street - 11-10-2008 Saturday

Open house! Open jgn tak open...raya sakan ni dek non!

Kali ni open house berpusat yg diadakan di Tinsley. Ada 12 rumah yg turut serta dan menyediakan menu2 yg lain dari rumah yg lain...hehehehehe..maksudnya..ada 12 menu kat Tinsley pada hari tu.

map tinsley raya
Ni la map yg di cipta oleh en.saiful utk warga Sheffield menyerang rumah2 kami.....no.8 tu rumah aku lerrr....jemput dtg!

Menu rumah aku simple jer...wat nasi lemak lauk ayam goreng rempah. Ada la lauk daging goreng kunyit sikit. Tetamu dtg tak putus2 sejak pukul 1.30 ptg sampai ler 10 mlm. Seronok betul rasa! Rasa masak tu pon berbaloi penat..(walau tak penat manapon...timasih pada cik deepfryer yg bnyk membantu! hikhikhik)

open house 1
Ni lah tetamu terawal dtg..jauh dtg ni....kak asmah & abg taib. Jiran depan rumah..isi perut sebelom rumah kitorg diserbu!

open house 2
Ni gang2 budak undergrad sedang menjamu selera. Duduk la mana2 yg buleh. Rumah sekangkang kucing. Syian tau tetamu aku...sampai ada yg duduk kat tangga tuuu....

open house 3
Antara gambar2 yg sempat disnap. En. Saiful yg sepatutnya jadik jurufoto bertugas pon kalut...ada kala kena runner gi kedai beli ayam...x cukupppp!!!

Yang baju merah tu Mizi...dia punya sambal nasik lemak sedap wo!!! Sempat aku korek rahsia resepi sambal kat wife dia. Pedulik apa kannn.....tamu tak tamu!

Ok...ni citer open house rumah aku...Semua hidangan sold out! Lebih2 sambal nasik lemak tu aku passing2 kat jiran2 dgn bebudak undergrad.Mana taknya..aku wat 1 kilo cili kering taw! Alhamdulillah...sempurna jugak majlis kitorg walau pon mungkin ada sedikit sebanyak kekurangan...

Wednesday 22 October 2008

Kunjungan keluarga setaman pada hari pertama Aidilfitri...

Ha...gambar raya lagi! entry ni saja aku peram lama sikit baru nak publish...ahakss..dgn ertikata lain belom rajin nak wat posting.

Gambar2 ni pulak tangkapan masa serbuan warga Tinsley ke rumah no.17 Oversley Street a.k.a rumah aku ler tuuu.Pada malam raya pertama tu, kitorg jln pusing abis satu taman..ronda2 raya sampai kul 12 mlm. Ada 6 bjik rumah open tu. Ha...bygkan la ..penuh berkocak perut kitorg makan2 raya.

raya rumah 1
Ni kaum2 ibu yg turut serta...aceli masa time serbu rumah aku tu...semua keluarga ada. Dlm 12 keluarga cenggitu. So, penuh la rumah aku yg sekangkang kucing tu. Tapi, time makan tetap maintain u!

raya rumah 3
Ni pulak meja hidangan. Macam2 ada. Mlm tu main menu..laksa johor! Menu ala kelam kabut rembat apa bahan yg ada. Kuah laksa pon pakai tuna & sardin dlm tin. Tapi, sbb memandai2 kretip..itu semua tak jadi masalah. Sedap jugak tau!!!

raya rumah 4
Ni antara sahabat yg menjamu selera...masa ni dah pukul 12 mlm tu...
Gambar tak dpt ambik bnyk sbb mak busyyy u!

Ok...ada bnyk lagi entry...nanti aku publish wokeh!!!! Open house lagiiii....heheheheh!