Sunday 31 August 2008

Selamat Berpuasa

DSC_1325

KAMI SEKELUARGA ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di serata benua. Semoga kita semua dapat mejalani ibadah kita pada tahun ini dgn penuh kesabaran dan ketakwaan. Amiinnn..

Saturday 30 August 2008

Khas untuk tuan punya Chiko...

chiko

Nurul & Syazlan,

Chiko ingin mengucapkan selamat berpuasa utk korang..aku tulis bg pihak jer. Pastu dia suruh tgkler gambor2 ni kalo rindu kat dia...hehehehheeh!

** kalo Chiko buleh cakap camtu..aku pulang balik Chiko kat korang yek!!...

Gambor ni diambil semua masa Babah tgk tv. Chiko mmg suka menyempit...tido selit2..manja2 gitu.

Wednesday 27 August 2008

Iman bila Boring....

Gambar ni aku amik semalam.Bagi upah Iman sbb jadi budak baik. Dia baik arini sebab tak pi main kat luar. Nursery tutup 6 minggu so,dlm masa 6 minggu tu...pening kepala aku layan kerenah dia kat rumah.

iman
Iman arini dtg mood nak melukis. Pulak tu peralatan kena lengkap mcm selalu dia melukis kat nursery.Siap dgn bib bagai!. Nasib baik la brg2 sekolah budak2 kat sini tak de lah mahal mana. Kat Poundland pun melambak.

iman 2
Dah aku biar dia melayan perasaan dgn hasil karya2 dia, dia pun lukis la dgn mcm2 gaya. Aku tgk sampai kembang berus lukisan tu. Aik..kata anak org seni, gini gaya ker lukis bang?..heheheh..kalo ikut darah aku, tidak ler aku melukis.. kira2 campur tolak bahagi pandai ler!

Jeng..jeng..jeng! Ini pulak apa????

Ha! Ni lah aktiviti harian dia yg susah benor aku nak larang. Pantang celik mata, dgr bunyik pintu org sebelah terus naik antena kat telinga tu. Soalan lazim dia mesti...'What's that sound?"..waa....kalo aku tipu,aku dosa..terpaksalah aku bukak kan jugak pintu bagi diorg main.Gambar ni gambar candid dari bilik Iman. Lokasi: backyard jiran aku la....

ismai
Main jongkang jongket versi buaian....tinggi ko dia buai!

Aku nak bising2 diorg main kat luar pun tak guna. Dah nama pun budak, biorler diorg explore sendiri. Tapi, kdg aku geram..bila balik tangan lebam, kaki lebam, mata lebam...ntah main apa ntah sampai lebam2. Kadang aku intai jugak, diorg ni main action2 ala power ranger tu rupanyer. Bergulung berguling ! Patutla lebam sana sini...Bila sakit tu, sanggup tahan, sbb takut kena masuk rumah..takleh nak main dah..!

isma
Ni semua anak2 jiran sebelah2 ni. Geng org Arab.

ims
Yang sorang tu majuk kot ..dah nak balik rumah.hehehehe!

isss
Yang kecik depan tu selalu mangsa keaadaan..sikit2 dengar ler dia melalak sbb abg dia tak layan. Yang Iman pulak kuat pedajal. Berebut jer..pening kepala aku!

isssa
Ni salah satu bukti kemusnahan ruang tamu...arghhh...tensionnnn! tu yg aku halau2 diorg main kat luar tu!!!Korang tau...1 hari nak dekat 4-5 kali aku ngemas!

Sunday 24 August 2008

Jalan Jalan ke York, England

Semalam, Sabtu 23/8 ..dengan spontan kami sekeluarga ke York. Itu org kata, kalo plan bagai kadang x menjadik jugak..so, semalam dlm pukul 10.30 pagi kami decide nak ke York.Aku pon lintang pukang la sediakan bekal. Sempat jugak la aku goreng pasta. Pukul 11.30 pagi tu terus gerak...dan selamat sampai pukul 12.30 tghari...sejam kemudian.

Seronok bila sampai kat York ni. Sampai2 tu kami cuba ingat2, macam pernah kulihat tempat sebegini???..Ooo... Tempat ni iras2 pemandangan kat Strasboug, France. Ala2 English pior gitu.... Point of interest pon dekat2 jer..walking distance. Kira berbaloi la kalo nak menghabiskan masa hujung minggu.

york1

Lepas dapat parking kat tepi National Railway Museum,kami pon memulakan langkah. Mula2 kami masuk kat dlm museum keretapi ni. Apalagi, mmg kami dah agak la. Iman yg kemaruk dgn Thomas ni melilau mata..dah taktaw nak tgk keretapi mana satu. Museum ni simple jer...tp, kesannyer sungguh mendalam bagi budak mcm Iman yg minat giller dgn citer Thomas & Friends tu...
york2

Laluan terowong dari NRM ke arah city centre...
Kat tepi NRM tu ada Yorkhire Wheel. Kami x naik sbb kejar masa, lagipon...mak gayat u!!!

york7

Tak sampai 10 minit, kami pun tiba kat city centre.Uh...dah pening dah nak pegi yg mana satu dulu!

york8
Gambar2 Iman kat Yorkshire Museum Garden....

york4
Iman posing atas batu2 ruined kat museum garden.

york3
Iman lagi...

york5
Masa ni Iman terlepas naik kat atas rumput...pastu , taknak turun. Tu keje dia nak kenakan bapak dia la tuuuu....

york9
Antara gambar2 kat The Shambles of York..

york6
Yang ni kat Clifford's Tower..destinasi terakhir.. masa ni dah pukul 5 ptg.

Ada lagi tpt mcm York Minster Cathedral semua..tp, aku malas la nak amik & publish gambor2 gereja ni bnyk2 dlm blog aku..hehehehehe!

Satu lagi bandar York ni, ada bnyk lukisan2 zaman renaissance ke zaman apa yg dulu2 tu,di frame & digantung ditepi2 bangunan. Rasa mcm cute sgt York ni...

york 10

Last shot..dah nak dekat pukul 6 tu, kami pon berangkat pulang. Parking pun sekali masuk 7 pound..due pukul 6. Ingat tak sempat nak cover satu York, rupa2nyer sempat..itu pon siap piknik kat York garden & makan eskrem kat tepi York Minster.

Komen utk York ni...2 thumbs up! berbaloi utk dilawati ..

Tinsley Towers - end of an era

Arini Ahad,24th August 2008. Dah selamat lah berkubur Tinsley Cooling Tower nih. Pagi tadi, dlm pukul 3am...terdengar letupan yg menggegarkan kawasan perumahan aku ni. Tinsley Tower tu selamat dirobohkan. Semalam sebelum bertolak ke York, sempat jugak kitorg snap a few photos tanda kenang2an Tinsley Tower ni dgn kami....

tower

Itu semalam...arini tower tu dah takde. Selalunya tower tu sentiasa mengiringi pandangan aku ke tempat keje..baik aku jalan kaki, berbasikal atau naik keta. Terasa jugak kehilangan pandangan tu bila tower ni dirobohkan.Actually, banyak bantahan bila tower ni nak dirobohkan. Tapi, untuk kemajuan teknologi, ia terpaksa direbahkan juga. Aku ada wat sikit find out...kenapa Tinsley Tower yg sudah dikatakan bersejarah ni harus dirobohkan jugak...serba sedikit cerita pasal sejarah kewujudan cooling tower nih.

"Tinsley Tower is one of South Yorkshire's past industrial era.

Historically, Blackburn Meadows was a major site for electricity generation in Sheffield.

Two coal-fired power stations were built on the site in the early 1900s and were later joined by the Blackburn Meadows Power Station, which was built between 1937 and 1942.

By the 1960s, the power station remained in operation and the M1 motorway was built close to the cooling towers later that decade.

The main power plant was demolished in the 1980s, however two of the power station's eight cooling towers were left standing as, at the time, engineers did not have the expertise to bring them down safely without compromising the integrity of the motorway.

Now, 30 years on, the Highways Agency has reinforced the motorway and demolition specialists have developed the necessary experience and expertise to bring them down in a safe and controlled manner."


More personal info..MI tu one of the major highway yg merentas dari south ke north England.Nak ke Tinsley, area rumah aku harus la lalu ini highway.. So, cooling tower ni betul2 kat selekoh masuk Tinsley..which mean, kalau korang drive kat M1, landmark nak masuk simpang tu ialah Tinsley Tower ni la.Dulu masa aku belajar2 drive kat sini, landmark taknak bagi sesat ialah...tuju kat cooling tower ni. Ha..gitu lah kisahnyer! So, disebabkan cooling tower ni dah berabad2 kat sini,penduduk sini rasa sayang banget kalo tower ni dimusnahkan. Aku pon rasa sentimental jugak walau pun tempat ni bukan kampung aku..


Dan ini adalah serba sedikit gambar yg aku cilok secara ehsan (camner nak kata yek...) dari BBC Yorkshire.

Detik2 Tinsley Tower ini roboh...

tumbang
This image of the Tinsley towers demolition on Sunday 24th August was taken by Tom Ley from Doncaster and shows the initial smooth drop of the South Tower.


tins16_470x365
Selamat tinggal pandangan...hanya tinggal kenangan...

tum
Korang tgk belakang tu...antara bnyk2 lampu..ada yg bentuk berkubah tu...ha..itu lah Meadowhall Shopping centre, tempat aku bertugas di pagi hari..

tins14_470x365
This dramatic shot of the smoke and dust after the demolition of the tinsley towers from Wincobank, was taken by Carl Wilkes from Rotherham and this led us to beleive it had all gone smoothly. Oh! how wrong were were.

Berakhirlah riwayat Tinsley Tower....sekian.

Friday 22 August 2008

Abang Api kat Tinsley Green

Semalam ada Tinsley Family Day kat Tinsley Green Park. Aktiviti tahunan ni Sheffield City Council yg anjurkan tiap2 tahun. Tahun lepas diorg kata ada macam2, besh la jugak...so, tahun ni masing2 nak wat return la.

Pesta ni start kul 11 pagi sampai pukul 3 ptg tapi, kitorg kuar rumah pukul 1 ptg.Biasalah kaum2 ibu Mesia ni bersiap lepas kemas2 rumah, masak utk keluarga..walau pon bersosial, hal rumah tangga tetap no.1 tau!

Dah sampai sana, bnyk aktiviti yg dah full..so, aku intai2 jer la mana aktiviti utk Iman. Main gam2...tiup2 belon. Itu jer yg menarik. Benda lain tak menarik perhatian, Iman pun tak heran. Cuma ada satu jer aktiviti yg Iman enjoy. Pertunjukan Abang Api!!

heheheheh...tgkler gambor yer...

we

Iman suka tgk Abang Api! kihkihkihkih.....

Aku arini.....

Kalo sapa yg baca posting aku kena kacau dgn mamat sewel mabuk sebelum ni, mesti rasa cuak kan..sure dpt rasa..adakah mamat sewel mabuk yg bernama Rich carik aku lagi arini..

Dah tu..korang hingat aku tak cuak?? Ish...cuak seh! Arini aku pegi keje tukar jacket, tukar tudung..kira tukar imej la.Takut la kalo mamat sewel tu nak trace aku kan...ye lah..kata2 akhir dia 'I know ur working here' tu...bikin gua seremmm...
Arini berbekalkan semangat Charlie's Angel..turun jer keta, kuar parking...aku pon jalan laju2 mcm org nak amik hadiah. Dah tak toleh kiri kanan dah...straightttt jer. Kira mcm kes berwaspada lah ni. Bila dah masuk shopping mall tu, aku nampak kelibat org lelaki dari celah bertentangan...selalu aku cool jer..tp, arini aku dah nekad..kalo nampak lagi mamat sewel tu..aku nak kuarkan skill Power Ranger Mystic Force lawan dinasour tu..bior bersepai tulang temulang mamat tu! Pergh...dlm kepala dah set dah ni...dalam pada tu, jalan laju2...jgn tengok kiri kanan!!

Tetiba ...ada suara ' hi Rose..are u running for charity race??'..dgn suara gelak2 pulak tu...waaa...ini dah melampauuu!! ishhh....aku pon angkat muka,buat muka ala2 Power Ranger kaler pink dah ni.Dlm kepala..mmg dah set dah ni...hancuss lah kau arini mamat sewel!...Tapi...gulp!! salah org daaaa...

Rupanya John, manager tempat aku keje tu...cis..ada ke dia kata aku nak pegi charity race??? tataw ker aku tgh training ala skuad khas pemusnah bom nih! ceh!

Anyway, malu sehhh...last2 aku jalan slow2..lemah gemalai ..beriringan dgn bos Re*****c yg ensem tuuu...ahaks!

Thursday 21 August 2008

Aku sebagai Mangsa arini!

Salam,

Dah lama aku x menulis. Bukan lupa atau jemu dgn blog ni. Cuma org kata kalo dah xder cerita, baik diam. Emmm...cuma pada masa ni, aku rasa mcm nak menulis. Nak tulis apa?

Aku cuma nak lepas geram dgn peristiwa yg berlaku pagi tadi. Geram betul dgn situasi & insiden depan store Re*****c tempat aku keje tu. Aku terkedu. Dalam pada aku rasa mcm xnak bgtaw sesapa, aku tertekan...argh!!! aku nak release tensionnnnn!!

Kisahnyer,masa aku tgh tunggu store yg lambat bukak pagi tadi, aku lepak la kat bench depan store tu. Cis..lambat pulak manager bukak store arini!. Kalo aku tau, mau aku sarapan kenyang2 kat rumah tadi,taklah aku terkocoh2 sgt jadinya.Sedang aku layan boring tu,tetiba ada la satu mamat mat saleh ala2 muka Bruce Willis ntah dtg dari celah dinding mana tegur aku. Pick up line dia cuma " where is the oasis?".Aku pon dgn bangga dan saksamanyer tunjuk kearah yg ditanya. Mamat tu pon blah.

Nak dijadikan citer, x lama lepas tu..dia patah balik. Lalu lagi depan tpt aku hayun2 kaki tanda boring yg amat gaban.Dah hampir 1/2 jam aku jadi tugu depan store tu. Mamat sesat tu senyum..pastu dia kenyit mata!..aku pon senyumla..separa ikhlas. Dalam hati aku ni..mamai apa mat saleh ni???..Tapi kannnn...pas tu dia stop..dia tny "are u waiting your ur boifren?". Aku pun jawab ler.."emm...nope! waiting for the store to be open..!I'm working here!". Aku ingat dia dah puashati dgn jawapan aku..tapi, dia taknak blah beb!!! Aduhaiii....nak jer aku halau syiohhh mcm halau ayam tu!. Tapi sebab muka dia mcm Bruce Willis tu...aku cool jer la. Dia ajak duduk, aku duduk...tp, aku duduk jauh..kira muat la space 5 bontot Enot kalo aku ukur.Dah dia tanya,aku jawab...dah aku tanya, dia jawab..nama dia Rich.Aduhai en.Rich...ko nak hapa haa????

Dia pon sibuk la tanya aku memacam..aku pon jawab ala kadar jer la sbb aku dah rasa mamat ni semacam.Apa taknyer, tetiba antara dialog yg menggugurkan taik telinga aku ni...ialah.." I'm looking somebody like you...I like u!". Waaaa...aku sudah seremmm beb..kalah tgk citer hantu Kekasihku Seru TV3 tuu! Aku pon terus la bagi ayat2 smackdown..."Emm...nope. I'm married with a kid".So, aku ingat dia nak blah la. La... tak jalan jugak. Dia cuma jawab " What a shame.." Mak oii...mamat ni sudah lebih! Dah tanya nama bagai...dia mintak no phone!Gila nak bagi???..apa ni? Aku mamai...cenggini ke style mat saleh berkenalan?? ish...xkan typical sgt!!..aduhai...camner nak halau mamat sewel sesat ni??

Dalam keadaan gawat tu, tetiba Hardy,sorang budak laki ofis dtg.Tapi dia xder kunci, so dah 2 org menunggu depan store nih. Aku pon pandang si Hardy tu mcm dpt hujan rahmat. Mamat sewel ni pon mcm dah stop mengarut sbb aku dok pi ngendeng2, kesot2 gi duk rapat sikit kat Si Hardy ni. Aku takut!! Dalam aku tny2 Hardy tu saper yg patut bukak pintu pagi ni, aku bisik kat dia "U save my life..." . budak Hardy ni pon pandang2 mamat sewel tu, dia bisik balik "I tot he is ur fren.." Aku cuma cepat2 jawab "No!"..Bila mamat sewel ni nampak kitorg mula bisik membisik..dia pon mintak excuse nak blah. Patutnyer aku lega kannn???? Tapi korang tau apa jadikkk???...Dia bangun nak blah sambil laju2 kiss pipi aku!!! Wuaaaaaa...!! lahanat punyer mat saleh! Aku tak relaaa!! Dia siap kata " I know ur working here.." wuaaa...mamat ni seremmmm seh!!! Si Hardy tu pulak, buat2 muka x nampak konon...aduhaiiii! saper nak tolong aku nihhh??? Aku rasa mcm nak baling jer mamat tu dgn kasut atau hempas kepala dia kat tiang tandas ko..kasik berkecai..tebaboooo!!!!!

Korang tau tak apa lagi yg menggelikan dan menyeramkan aku?? Aku dpt cium bau air mabuk yg semacam dan kuat gila masa dia dekat dgn aku tu!...Sgt sensitif hidung ku ini! Korang tau...mamat ni mesti tgh weng..mabuk!! Cis! Bila store bukak jer, terus aku basuh muka bnyk2 kali pakai handwash, mana ada facial wash situ!!...kalo ikutkan, aku nak cuci muka pakai solasan pencuci toilet tu ajer! Ish...samak muka nihhh!!!

So, aku nak ingatkan korang sesapa yg baca posting aku nih.. kalo korang nampak jer sesuatu yg fishy...korang blah!Silap aku pagi tadi, sbb aku duk duduk tercangak jugak kat tempat yg sama. Patutnyer aku tukar2 tempat ler ke apa kannn. Yelah...aku ni confident jer sbb dlm shopping complex tu..even pagi2 buta..ramai org keje lalu lalang. Tak kiralah security ke, cleaner2 meadowhall yg lalu lalang tu. Tapi, bab2 sexual harassment ni, mungkin pada diorg kalo setakat kena cium cheek tu x apa2, tp, pada aku..cukup utk buat aku bera! What a bad day sungguh! Sekarang ni..aku cuma takut kalo mamat sewel tu konon2 carik aku ke hapa...apa nak wat eh?? pegi keje pakai topeng ker??? ahakss....

Sampai sekarang aku masih x dpt figure out sape mamat ni...pekerja meadowhall ker, tp..dari gaya rupa dgn baju mcm bukan salah sorang worker kat situ. Mungkin org sewel gila tumpang lalu kot!

arghhhh...akhirnya,release tension aku!!!!!

* Untuk babah, sori yek...one of the lesson to learn...don't talk to stranger...but then, the stranger yg talk to me??? abih camno???? ini kira kategori mangsa la yek?..

Saturday 9 August 2008

to Ladybower to Derwent Reservoir, Derbyshire

derwent3

Ini tempat acara BBQ Tinsley kali ke 3 pada musim summer ini. Sakan yek kitorg BBQ! Seronok kumpul ramai2 nih..bukannya buat apa pon, makan..makan...makan! Habis diet mak oi!!!

Perjalanan ke Ladybower Reservoir ni mengambil masa dlm 45 minit. Melalui Sheffield city..kearah Peak District. Cuaca sgt besh..cerah dan suam2 kuku.

derwent1

Ini Fayyadh & Iman buat muka seriyes!. Main perang2 la tu!Muka Iman berbekas lagi gara2 nak jadik Power Rangers masa latihan zapin rumah Kak Azu. Ganasss seh muka!!!

derwent2

Ni pulak anak2 dara sunti Tinsley.Dari kiri..Aina (anak Kak Azu),Nana & Shasha (anak Kak Pah),Syafiyah (anak Kak Azu ), Aishah (anak Kak Asmah ) & Zahira (anak Kak Zuraini).

derwent4

Iman macam biasa..main air la! Kat situ bnyk taik itik laaa....

derwent5

Lepas makan2..kitorg pegi panjat bukit nak ker Derwent Reservoir. Waduh..capek gue! Tapi baloi la...dah balu ayam & kambing tadi!
Sedikit info pasal Derwent Reservoir nih..

"The upper two dams, Howden and Derwent, were constructed between 1901 and 1916 and Ladybower Dam later in 1935. The construction of Ladybower Dam (undertaken by the water authorities) did cause considerable controversy because it involved the flooding of two villages; Ashopton and Derwent. However, despite protests the dam went ahead and was finished in 1943, though the reservoir took a further two years to fill. At the time this was the largest reservoir in Britain.
Today visitors enjoy walking and cycling around the dams not to mention real ale and good food in the various country pubs. "


Korang bacalah sendiri..asal usul dam nih....

derwent9

Kat sini ramai org beriadah berbasikal..aduhh..gatal kaki nak mengayuh!Gamar atas ni gambar nak ke Derwent Dam, Iman dah mengamuk dah panjat bukit..bapak dia la jadik mangsa!

derwent6

Inilah Derwent Dam yg kitorg cari2...sejuk..damai mata memandang!
Takyah citer bnyk la..tgk gambor pon tau kann...

derwent7

Lepas turun naik bukit, kitorg balik ke tpt BBQ.. kaum bapa bantai hayun kaki main sepak raga bulatan. Paling suka tgk gambor ni.... Ni antara acara menghilangkan lemak kambing BBQ nih! Bakar lemak bang jgn x bakar!

derwent8

Akhir sekali, acara gambar kenang2an. Bila2 buleh dtg lagi.. Itupun kalo panjang umur & ada rezeki duk UK lama2 lagi...ahaks!