Salam semua,
Dah lama tak dpt update blog. Dalam kesihatan yg tak mengizinkan, rupa2nya ada khabar berita yg amat gumbira utk aku sekeluarga. Org kata diam2 ubi berisi, aku diam2 duk rumah demam, rupanya pun ada isi. Aku terima rezeki pemberian Allah ini dgn rasa syukur yg amat sangat. Pada kawan2 yg selalu mengusik "bila Iman nak dpt adik?" atau ala2 usikan mendoakan tu, akhirnya usikan korang tu termakhbul. Jangan main2...ayat power tuuuu!
* Dapat kad ibu mengandung dari NHS.
Pada kawan2 yg jauh di mata, utk keluarga di Malaysia...ni kira berita rasmi lah yer! Kandungan baru berusia dlm 9 minggu ...dijangka lahir pada bulan 7, 2009. Doakanlah kesihatan yg baik & dpt melepasi 1st trimester ini dgn tabah. Kali ni agak mencabar dari yg pertama,simptom2 mabuk tu ada..cuma Alhamdulillah..masih boleh lagi di kawal. Kalau dulu masa mengandung Iman time ni, boleh lagi lompat kijang ni rasanya!. ahaks....
ALKISAHNYA.....
Nak citer sikit procedure nak mengesahkan kita ni peknen kat UK nih atau khususnya kat Sheffield nih. Lepas jer kita buat test sendiri kat rumah (aku wat 3 kali tau, kasik kompem 200% nih), kita pegi kat GP (Highgate Surgery) kata kita nak wat peknency test. Keje diorg senang jer, bagi jer urine sample kita kat dia, lepas tu dia suruh balik rumah , duk diam2..tunggu dia call bgtaw test tu +ve atau -ve. So, aku dpt result urine test aku tu pada keesokkan hari nya, dia pun kompemkan yg kita ni peknen..dan dia suruh kita wat appointment dgn midwife pulak. Appointment midwife ni kat Tinsley Green... tempat lain, bukan kat GP tu. Nasib baik lah area Tinsley ni semua walking distance, rasa lah convenient sikit. Dalam telefon tu, dia nasihatkan utk amik acid folic, boleh beli kat farmasi. Kalo kat Mesia ni, balik klinik..kompem aku balik berbondong2 dgn ubat peknen...betul tak?Kat sini, pandai2 lah ibu2 mengandung ni jaga kesihatan yer.....
So, aku pun wat lah appointment dgn midwife kat Tinsley Green. Dapat appointment dlm 10 hari selepas tu. Bila jumpa midwife ni, dia cuma amik detail..isi borang yg tebal giler..sembang2 then dia lak wat appointment dgn kita nak wat house visit. Waduh....house visit pulak!. 3 hari lepas tu,dia pun dtg wat house visit. Sambil sembang2. Pada aku, dia cuma nak tgk environment kehidupan kita, samada sihat atau tidak dan mungkin jugak nak kompemkan tempat tinggal kita. Terasa jugak di hargai tau...walau pun dia belum pegang badan kita ni lagi... buat2 check nadi kehapa...at least la kan! hahahahahah!
Lepas midwife wat house visit, kita tunggu pulak surat dari Hospital utk following check up. So, surat tu aku dah dpt dan appointment seterusnya ialah pada 9/1/2009! Waaa...manyak lama lagi mau jumpa doktor. Masa tu kandungan dah berusia 15 minggu, baru lah dpt amik darah & wat 1st scan. So, ubat utk peknency semua, silalah beli sendiri dan jagalah kesihatan sendiri. Memang terasala jugak sbb dulu masa peknen kan Iman, sure dah dpt monthly appointment, pastu tiap kali pegi mesti scan dan tgk kandungan. Balik pulak, bawak ubat berbondong2..so, yg ni mmg independent sesangat lah.
Begitulah ceritanya...dah biasa senang kat Mesia, bila diajar independent kat sini, terkial2 lah jugak. Tapi , bagus jugak. Bukan semua benda kita boleh dpt dgn senang lenangnya kan....sesekali bila kena belajar bersusah payah..baru terasa hidup ini lebih bermakna...heheheheheh! sekian liputan khas ibu mengandung pada entry kali ini....nak pi carik makanan sat..lapor! heheheheheh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Tahniah and take care...
Tahniah2.. baru aje ckp2 pada N3 yg lepas.......
Jaga diri...
tahniah... made in uk lah adik iman ni. hehehe.
congratessss...dear...
Tak per la...janji semuanya selamat ok...
i suka cerita pregnant u. kelakar
Post a Comment