Saturday, 8 November 2008

Tetiba teringat...rindu pulak!

Dah lama aku simpan collage nih. Tetiba aku teringat apasal aku tak publish. Hari ni, aku tetiba rindu pada Iman masa zaman dia baby2. Pagi ni, aku tengok muka Iman masa dia tgh tidur...tetiba rasa sayang yg amat sangat. Macam baru tersedar anak aku sorang ni dah nak masuk 4 tahun. Masa kecik, lain keletahnya...dah besar sikit, lain pulak cerita. Entah macamanalah agaknya...10 tahun ...20 tahun akan datang. Tak terbayang!!

iman1
Ni koleksi gambar hari pertama Iman melihat dunia. Hari Sabtu pukul 4.15 ptg, 4 Dec 2004..betul2 lepas azan Asar. Gambar yg pakai blanket biru tu, diambil dlm pukul 8 malam kot. Yang berbedung putih tu pulak, hari ke 3. Yang lain2 tu semua gambar dlm masa 2 minggu berpantang kat rumah mak aku. Masa tu aku tetiap hari mmg keje tukang amik gambar dia. Saja nak tgk apa yg berubah...

iman2
Ni pulak umur dari 6 bulan hingga ke 12 bulan. Dia ni mmg pantang jumpa air. Memang hantu air sungguh!.. Siap aku saja mandikan dia dlm bekas mandi dia tu kat luar rumah, suka betul dia!.Korang tgk...rambut pun takde. Masa tu aku risau gak, kot2 sampai besar rambut 2-3 helai jer. Emm...tgk sekarang..lebat jugak rambut dia!Lagi satu, dulu aku ingat Iman ni kurus sbb dia mg maintain jer badan dia camtu..tak gemuk2. Tapi bila tgk balik gambar, semangat rupanya budak ni!

iman3
Gambar dlm ni campur2 pulak. Gambar yg atuk pegang tu, gambar masa turun tanah kat Masjid kampung aku. Masa ni umur dlm 4-5 bulan kot.Yang lain2 tu gambar dia umur 6 bulan ke 1 tahun. Sebab atuk dah bagi lesen besar pijak tanah, umur 1 tahun tu dia dah biasa jalan2 kat pasir. Selalu lepak kat Pantai Morib, kasik lepas dia main pasir. Puas hati dia! Iman dari kecik mmg jenis laju..pantang lepas jer, terus nak berlari. Jenuh nak ngejor. Lagi...gambar aku balik kerja..lepas amik Iman kat rumah pengasuh, Mak Mar. Tgk mata aku tu...layu jer. Sebab malam mmg tak penah puas tido. Iman mintak susu setiap 2 jam sampai umur dia 1 tahun setengah. Tu yg makayah diajadi blackmetal...lebam je mata kat tempat kerja!

Itulah antara kenangan2 Iman masa baby. Alhamdulillah..aku bersyukur dgn kurniaan Allah ni....Amiiinnn!

3 comments:

Bibu said...

hhehehe...mmg sesuwei benar posting nih!!aku pon teruja wei!

Ajzie said...

hihihi dah boleh dpt adik iman nih...... hihihi..

anak2 dah besar mmg kita terkonang2 masa mereka baby kan....

Ida said...

Mmm...seronokkan bila kita kenang anak2 kita time kecik2 rasa mcm cutenya and bahagianya....