Wednesday, 27 August 2008

Iman bila Boring....

Gambar ni aku amik semalam.Bagi upah Iman sbb jadi budak baik. Dia baik arini sebab tak pi main kat luar. Nursery tutup 6 minggu so,dlm masa 6 minggu tu...pening kepala aku layan kerenah dia kat rumah.

iman
Iman arini dtg mood nak melukis. Pulak tu peralatan kena lengkap mcm selalu dia melukis kat nursery.Siap dgn bib bagai!. Nasib baik la brg2 sekolah budak2 kat sini tak de lah mahal mana. Kat Poundland pun melambak.

iman 2
Dah aku biar dia melayan perasaan dgn hasil karya2 dia, dia pun lukis la dgn mcm2 gaya. Aku tgk sampai kembang berus lukisan tu. Aik..kata anak org seni, gini gaya ker lukis bang?..heheheh..kalo ikut darah aku, tidak ler aku melukis.. kira2 campur tolak bahagi pandai ler!

Jeng..jeng..jeng! Ini pulak apa????

Ha! Ni lah aktiviti harian dia yg susah benor aku nak larang. Pantang celik mata, dgr bunyik pintu org sebelah terus naik antena kat telinga tu. Soalan lazim dia mesti...'What's that sound?"..waa....kalo aku tipu,aku dosa..terpaksalah aku bukak kan jugak pintu bagi diorg main.Gambar ni gambar candid dari bilik Iman. Lokasi: backyard jiran aku la....

ismai
Main jongkang jongket versi buaian....tinggi ko dia buai!

Aku nak bising2 diorg main kat luar pun tak guna. Dah nama pun budak, biorler diorg explore sendiri. Tapi, kdg aku geram..bila balik tangan lebam, kaki lebam, mata lebam...ntah main apa ntah sampai lebam2. Kadang aku intai jugak, diorg ni main action2 ala power ranger tu rupanyer. Bergulung berguling ! Patutla lebam sana sini...Bila sakit tu, sanggup tahan, sbb takut kena masuk rumah..takleh nak main dah..!

isma
Ni semua anak2 jiran sebelah2 ni. Geng org Arab.

ims
Yang sorang tu majuk kot ..dah nak balik rumah.hehehehe!

isss
Yang kecik depan tu selalu mangsa keaadaan..sikit2 dengar ler dia melalak sbb abg dia tak layan. Yang Iman pulak kuat pedajal. Berebut jer..pening kepala aku!

isssa
Ni salah satu bukti kemusnahan ruang tamu...arghhh...tensionnnn! tu yg aku halau2 diorg main kat luar tu!!!Korang tau...1 hari nak dekat 4-5 kali aku ngemas!

1 comment:

Ezza Aziz said...

Itu baru anak sorang! Kalau yng kedua dan ketiga lelaki jugak,akak ingat mau juga kamu jadi tarzan....
Hahahah..Sabor dik oi..