Tuesday, 26 February 2008

Jalan2 ke Derby,Loughborough & Birmingham - Sunday 23 February 2008

Orang kata jauh pemandangan, luas pandangan. Walaupun konon2 penat jln2 London belum hilang, kitorg x lepaskan peluang bila dipelawa ikut Abg Rizal & family ke Birmingham. Konvoi ziarah ex-lecturer asben & abg Rizal, En. Hariri masa wat 1st Degree kat UiTM, Shah Alam.

Sebelom tu, kitorg singgah dulu ke Derby..lebih kurang 45 minit perjalanan dari Sheffield. Kitorg kerumah Fendi & Azlina..ex-coursemate Abg. Rizal. Cantik betul kwsn tpt tinggal diorg...very the country!!

Jalan2 seterusnya, kitorg singgah kat University of Loughborough utk bergambar. Dan juga, Birmingham City University ataupun nama dulu University of Central England.Yang kami rasa bertambah seronok sgt bergambar kat depan university2 nih sbb dulu asben dpt offer letter dr kedua2 university nih...so, x dpt masuk..amik gambar pun jadilahhh!

Kitorg sampai rumah En. Hariri selepas hampir 4 jam singgah menyinggah. Unfortunately, x sempat pun amik gambar kat rumah En. Hariri, destinasi sebenar. Sebab masing2 syok sembang, dah x ingat apa dah. Anyway, kunjungan kerumah En. Hariri& Kak Yati tu mmg banyak memberi suntikan semangat utk sambung belajar nih..Thanks to both of them yg bnyk mem'bukak' mata & minda kami!!!



Fendi (tuan rumah), abg.Rizal & Saiful

Depan University of Loughborough


Iman & sculpture kat Loughborough

Sculpture dari besi buruk ..kira transformers la ni


ibu & anak2



Depan signage lama Birmingham Institute of Arts & Design (BIAD)

No comments: