Thursday 4 December 2008

Happy Birthday Iman Zahin!!! ~ 4 tahunnnnn laaa!

Hari ni genap umur Iman 4 tahun!! Waaa...sekejap jer masa berlalu. Dah 4 tahun rupanya anak aku nih. Sambutan birthday Iman tahun ni ala kadar jer,kami sambut kat rumah sahaja. Janji ada kek & lilin utk dia tiup. Itu pun suka bukan main!.Ini sambutan kali ke-2 dia kat Sheffield. Sorry la Iman yer..nanti tahun depan kita wat best2 sikit..InsyaAllah dgn adik sekali wokehhh!

bes1
Senyum meleret sampai telinga nak potong kek!

Tahun ni aku tak dpt buatkan kek besday dia. Pilih kek kat M&S ajer. Dalam banyak2 kek, dia pilih pulak kek "Harry the Hedgehog" nih.So,tahun ni tema kek ialah "Kek Landak"!..wakakakakaka!.

bes2
Ini lah 'Kek Landak' Iman...nak gelak pon ada aku tgk kek nih!..wakakakaka!

Aceli, beli 2 biji kek utk Iman..satu lagi nak bawak pegi Nursery. Dah tak wat majlis kat rumah, biarlah dia bergumbira potong kek kat sekolah dia. At least ada kengkawan nyanyi lagu Hepi Besday reramai...

sek1
Kek coklat dan 1 tin coklat Cadbury Heros utk Iman bawak sekolah.

Alkisahnya, banyakla songeh sikit nak carik kek readymade utk bawak ke nursery. En. Saiful dah beli kek yg agak presentable utk dipotong kat sekolah Iman. Sekali tgk betul2, dia tak perasan ada label "Not Suitable for Nuts Allergy Sufferer". Cikgu nursery dah pesan, kalo nak bwk kek kena ada label "Suitable for Vegetarians" dgn "No Nuts". Nursery particular sikit bab2 allergy ni..takut budak2 yg allergic pada nuts makan dan memudaratkan.So, sebelom kek tu kena reject kat sekolah, En. Saiful pun pegilah pulangkan kek tu kat M&S dan pi carik kek yg sesuai kat Tesco. Dapatlan kek coklat vegetarian & no nuts. Fuhh...nasib baik sempat.Kesian kalo tak sampai hajat Iman nak potong kek kat sekolah kang!

bes3
Detik2 nak tiup lilin.Muncung sedepa! Sapa lagi tukang nyanyi lagu besday...akuuuu & bapak dia jugak!

bes5
Potong kek sambil membebel..."Iman potong Hedgehog!"

bes7
Dah abis acara potong2 kek...dia pun bantaila makan kek Landak dia dgn bapak dia...

bes6
Bapak dia tgh tunggu giliran nak kena suap. Kek readymade M&S ni sedap jugak la...Ingat tak sedap sgt. Lembut jugak dan tak manis sgt.Rasa ala2 kek coklat kukus yg aku pernah buat dulu..ahaks!. Boleh la utk kes2 desperate mcm kali ni!.

bes8
Ni gambar request dari Iman..dia cakap nak gambar dia tgh cium Hedgehog dia..."Sayang Hedgehog!!" ..hahahahaha!

bes9
Dah abis acara potong kek, acara makan2 pulak. Ting tong!! abg pizza dtg..hahahaha! Mmg kompem aku tak masak apa2 special arini. So, menu special utk besday dinner aritu ialah..pizza & donner kebab!

So, sampai jugak la hajat kami nak tgk Iman potong kek tahun ni. Kalo ikutkan nak wat majlis sikit mcm tahun lepas, tapi tahun ni..kami wat ala kadar aje.

Untuk Iman Zahin,

Semoga Iman jadi anak yg baik dan taat pada Ummi dan Babah. Jadi anak yg cerdas & cergas. Mendapat kesihatan yg terpelihara dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Takmo notty2 ok!Dengar cakap Ummi & Babah.


Adiah??? belom carik lagi....kuikuikuiii!!!