Wednesday, 29 October 2008

Autumn in Windsor Castle - 25 October 2008

Dalam minggu2 terakhir Syawal, sempat jugak kami berkunjung buat kali ke-3 ke London dlm tahun 2008 ni. Rasanya ini kali terakhir kot utk tahun ni. Tak tau la..ada rezeki, tahun depan dtg lagi!

Perjalanan selama 3 1/2 jam tu bermula pada pukul 7.30 mlm hari Jumaat .Tiba kat Richmond, London lebih kurang 11 malam. Uncle Amir & Ucu takde kat rumah pun,pegi holiday kat Italy so, dia mintak kitorg amik kunci kat concierge then bukak rumah.Jadik tuan rumah ler kitorg sekejap...hehehehehe!

l1
Aksi Iman lompat2 trampolin depan rumah

Hari Sabtu tu pulak, kitorg pun plan nak gi memana. Ikut plan nak gerak ke Legoland jer, buat return sbb pegi last July aritu tak puas main. Lagipun ada Annual Pass kan...masuk ler sesuka hati.

Tapi, teringat pulak satu lagi main attraction nearby Legoland tu tak singgah. Dulu nak pegi tak sempat sebab semua bebudak dah penat bersuka ria kat Legoland.So, kali ni kitorg singgah dulu. Memandangkan cuaca pon sgt cun utk bergambar ria...

l2
Ini kat River Thames sideview....ada bot..tempat lepak...burung2...

l3
Ini pulak kat walkway Windsor Castle, berdepan dgn Royal Windsor Shopping.Iman main dgn maple leaf yg gugur time autumn nih...cantik kaler merah dia!

l4
Nampak dlm gambar cuaca mcm panas jer kan..tp, sejuk ya rabbi....grrrrr...! nak duduk pon tak senang..sbb kena tahan sejuk. Pakai baju dah berlapis...teringat duvet kat rumah...sedap kalo nyuruk dlm duvet nih! Masa ni baru lah rasa rindu sgt nak balik Mesia...kat sini sejuk bangettt!

l5
Pose tak berapa jadi Iman dgn En.Saiful dpn Windsor Castle. Nak masuk kena bayar. Tak check pulak berapa entry charge dia.Kitorg mmg tak masuk sbb musti amik masa nak pusing2 dlm castle tuh.

l6
Pemandangan kat halaman Windsor Castle..rumput2 masih hijau. Cantik sgt view dia..!

Tuesday, 28 October 2008

Open House Darnall - Entry Makan Sampai Lebam!

Open house ramai2 kat Subud, Darnall.Tgk2 gambar je lah yer...

Dan gambar seterusnya..rentetan peristiwa open house dlm satu hari...Ahad, 19 Oct 2008.

raya darnall 2

raya darnall 3

raya darnall
Siap ada besday and anniversary celebration lagik....

raya darnal 4
Posing sekeluarga...Iman muka tak seriyes laaa...

Ni jalan raya rumah Razif / Azlina kat Woodhouse...rumah dia...kelass gituh!
raya razif1

raya razif2

Ni pulak jenjalan raya rumah Ustaz Hasri/Laily....
raya razif3

raya ustaz1


HA...NI YG DINAMAKAN..ENTRY RAYA...MAKAN SAMPAI LEBAM!!! TAK CAYA...TGK IMAN TUUU...
raya iman

Thursday, 23 October 2008

Open House @ 17, Oversley Street - 11-10-2008 Saturday

Open house! Open jgn tak open...raya sakan ni dek non!

Kali ni open house berpusat yg diadakan di Tinsley. Ada 12 rumah yg turut serta dan menyediakan menu2 yg lain dari rumah yg lain...hehehehehe..maksudnya..ada 12 menu kat Tinsley pada hari tu.

map tinsley raya
Ni la map yg di cipta oleh en.saiful utk warga Sheffield menyerang rumah2 kami.....no.8 tu rumah aku lerrr....jemput dtg!

Menu rumah aku simple jer...wat nasi lemak lauk ayam goreng rempah. Ada la lauk daging goreng kunyit sikit. Tetamu dtg tak putus2 sejak pukul 1.30 ptg sampai ler 10 mlm. Seronok betul rasa! Rasa masak tu pon berbaloi penat..(walau tak penat manapon...timasih pada cik deepfryer yg bnyk membantu! hikhikhik)

open house 1
Ni lah tetamu terawal dtg..jauh dtg ni....kak asmah & abg taib. Jiran depan rumah..isi perut sebelom rumah kitorg diserbu!

open house 2
Ni gang2 budak undergrad sedang menjamu selera. Duduk la mana2 yg buleh. Rumah sekangkang kucing. Syian tau tetamu aku...sampai ada yg duduk kat tangga tuuu....

open house 3
Antara gambar2 yg sempat disnap. En. Saiful yg sepatutnya jadik jurufoto bertugas pon kalut...ada kala kena runner gi kedai beli ayam...x cukupppp!!!

Yang baju merah tu Mizi...dia punya sambal nasik lemak sedap wo!!! Sempat aku korek rahsia resepi sambal kat wife dia. Pedulik apa kannn.....tamu tak tamu!

Ok...ni citer open house rumah aku...Semua hidangan sold out! Lebih2 sambal nasik lemak tu aku passing2 kat jiran2 dgn bebudak undergrad.Mana taknya..aku wat 1 kilo cili kering taw! Alhamdulillah...sempurna jugak majlis kitorg walau pon mungkin ada sedikit sebanyak kekurangan...

Wednesday, 22 October 2008

Kunjungan keluarga setaman pada hari pertama Aidilfitri...

Ha...gambar raya lagi! entry ni saja aku peram lama sikit baru nak publish...ahakss..dgn ertikata lain belom rajin nak wat posting.

Gambar2 ni pulak tangkapan masa serbuan warga Tinsley ke rumah no.17 Oversley Street a.k.a rumah aku ler tuuu.Pada malam raya pertama tu, kitorg jln pusing abis satu taman..ronda2 raya sampai kul 12 mlm. Ada 6 bjik rumah open tu. Ha...bygkan la ..penuh berkocak perut kitorg makan2 raya.

raya rumah 1
Ni kaum2 ibu yg turut serta...aceli masa time serbu rumah aku tu...semua keluarga ada. Dlm 12 keluarga cenggitu. So, penuh la rumah aku yg sekangkang kucing tu. Tapi, time makan tetap maintain u!

raya rumah 3
Ni pulak meja hidangan. Macam2 ada. Mlm tu main menu..laksa johor! Menu ala kelam kabut rembat apa bahan yg ada. Kuah laksa pon pakai tuna & sardin dlm tin. Tapi, sbb memandai2 kretip..itu semua tak jadi masalah. Sedap jugak tau!!!

raya rumah 4
Ni antara sahabat yg menjamu selera...masa ni dah pukul 12 mlm tu...
Gambar tak dpt ambik bnyk sbb mak busyyy u!

Ok...ada bnyk lagi entry...nanti aku publish wokeh!!!! Open house lagiiii....heheheheh!

Tuesday, 14 October 2008

Pagi 1 Syawal di PMC

raya1
Satu dari pose pagi raya dari kami sekeluarga....

First time aku sambut raya kat UK. Jauh dari ibuabah & keluarga. Actually tak rasa sedih sgt sbb aku sibuk gila kat dapur. Selalu kan aku tinggal makan, tahun ni aku cubalah masak utk makan sendiri & kawan2 yg bakal mengunjung. Malam raya tu aku sempat masak rendang, kuah kacang,sambal goreng,nasi impit & juga laksa johor! Start masak kul 9 mlm..siap masak kul 2.30 pagi. Mak ai...rasa nak tercabut gak ler lutut tu. Tapi bagus jugak, aku tak la tangkap leleh teringat keluarga kat Mesia. Memang tak sempat nak sedih langsung!

raya2
Gambar dgn kawan2 kat Sheffield. Keceriaan tu ada. Tak kisah la kan raya kat mana. Boleh create keceriaan kat mana2 pun.Yang penting kita enjoyyy!!

raya3
Anak2 Melayu PMPMS...tunggu giliran hadiah raya tu!

raya4
Ha..part ni yg aku nak story morning glory nih. Raya kali ni..kami dpt bahagian masing2 utk menyediakan lauk utk juadah hari raya. Kariah Tinsley dpt bhgn buat kuah lodeh dgn kuah kacang utk 300 org makan. So, aku pon turut serta gotong royong amik bhgn masak 2 kg kuah kacang. Aku hingat 2 kilo kacng tanah tu takler jadik banyak mana..sekali tu...satu periuk penuh rupanya! Ada dekat 10 liter jugak tuh! First time aku amik cabaran masak banyak2 nih. Lagi2 utk menjamu org..Tapi, end up everything goes fine. Kuah kacang pon habis...licinnnn!

Lepas raya kat PMC tu..kitorang pun balikla rumah. Tertinggal plak acara gi serbu rumah kengkawan raya pertama tu. Tapi, tarahal..kami kat sini raya sakan!!!!Open house tak abis2 lagi nih!

Di Kala Ramadhan mengundur diri...1 Syawal menjelma...

takbir
Ni gambar diambil masa takbir dari rumah kerumah qariah Tinsley...start kul 9..abis kul 3 pagi tuuu....


Alhamdulillah......

Sebulan sudah kita berpuasa, kini Syawal sudah tiba...

Genap 29 hari kami berpuasa kat bumi UK ni. Kami sambut Syawal pada 30 Sept, hari Selasa. Ikut Saudi. Bila dapat jer panggilan mengesahkan "ESOK HARI RAYA"...rasa seronok pun dtg..tp, pada aku..rasa gelabah lagi banyak. Kata esok raya...tp, persiapan utk menyambutnya belom siap lagi. Mak oi..kelam kabut seh! Jarang aku dapat kejutan macam ni..kalah kejutan AF nih!

Malam tu, bermulalah takbir raya bergema. Kaum lelaki khususnya buat jemaah takbir dari rumah kerumah. Sesuatu yg sudah tentu laki aku tak join kalo raya kat Mesia ni. Bukan takde org takbir kat Mesia tu,tp keinginan tu mungkin takde.Bila kat sini, aku kagum ...bnyk yg berubah. Alhamdulillah..Tadarus pun khatam 30 juzuk. Apa lagi boleh aku kata..bila dah jauh ni..banyak yg kita belajar. Bukan nak dptkan Master atau Phd..ilmu kemasyarakan pun dpt. Sesuatu pengajaran yg ditimba hanya dari pengalaman.

Aku?? Aku rasa aku makin matang.Makin sabar. Macam2 yang berlaku.Itu belom lagi kisah ibuabah aku yg kuar masuk spital walaupon kita sakan berhari raya ni. Seminggu sebelum raya, abah aku masuk wad. Raya ke 3 pulak, mak aku pulak masuk wad. Korang rasa..apa yg aku rasa?? Sabar jer lah.....

Apapun, sementelah usia kita yg makin meningkat ni...haruslah kita muhasabah diri sendiri..Dari tu..kalo belom terlambat..AKU MOHON MAHAP ATAS MANA2 SALAH SILAP AKU ...MAAF ZAHIR BATIN.
SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA..

SAIFUL/NITA/IMAN/CHIKO...

Anak Dara Sapa ni???

raya1

Anak sapa lah yg pakai tudung pink nih??

* Selendang ehsan dari jiran Pakistan rumah no.16.

Tuesday, 23 September 2008

Buka Puasa rumah Rusdi/Ann - Ellerton Road, Firth Park.

rusdi

Lepas penat berjual di Bazaar Ramadhan Tinsley, kami sekeluarga ke rumah Rusdi/Ann memenuhi undangan berbuka puasa. Waa...seronok betul! Meriah betul hidup kami aritu.

Thanks to Rusdi/Ann...seronok lepak2 rumah korang.Lain kali jemputla lagi..heheheheh! Yang besh tu sambil makan Mamee pulak tu! Berebut2 lagi dgn budak2...hahahha!

Bazaar Ramadhan Tinsley - 21 Sept 2008

Hari Ahad lepas terlaksana juga projek Bazaar Ramadhan Tinsley yg dibuat pes taim kat Sheffield nih. Masing2 seronok nak take part. Ada macam2 juadah buka puasa..dari menu berat sampai la menu ringan2. Ada laksa,ayam percik,bubur,kuih muih, murtabak, popia basah & goreng,kuih tako,kepok lekor,taufufa,ABC,Cendol,ikan bakar,karipap pusing, kuih raya. Ada jugak brg2 utk sambut Syawal mcm tudung yg bermacam2 jenis (latest pesen taw!), kain pelikat, brooches, kain pelikat,minyak wangi...eee...dan macam2 lah! Rugi saper tak dtg!

OK...takyah ckp bnyk la yer...kita tgk gambar jer lah...

psr1
En. Saiful dgn barang dagangannya.

psr2
Adegan menunjuk kuih muih jualan...ada popia basah,popia sambal & murtabak....dan tak lupa our femes emes..tau fu fa!

psr3
Atiq posing depan gerai laksa & ABC...

psr4
Suasana PaRam belakang rumah kak azu...cam real yek! Jual bang jgn tak jual!

psr5
Ha kak siti....amik la bnyk2 lagi tuuu!

psr6
Ais yg begitu seksi bila bulan2 puasa nih...rasa nak terkam jer masuk mulut!

psr7
sempat posing lagi tuhhh...

psr8
Aiyoh tokey...!!! kasi warning ka? ..ini lah kak azu..tokey laksa dan tokey tapak.

Saturday, 20 September 2008

Tadarus @ 17,Oversley Street

Ramadhan 2008 yg menjelma bukan seperti bulan Ramadhan yg pernah kami lalui sebelum ini. Bukan saja ini pertama kali aku merasa berpuasa di negara org,tp pada aku Ramadhan tahun 2008 ni penuh dgn rahmat-NYA.

tadaus1
Moreh lepas tadarus malam 19 Ramadhan.

Lama tak memblog...

Apa kisahnyer cik nita kita lama tak mengupdate blog???

Banyak kisahnyer...antaranyer ialah..kerana jiwa tak tenteram!Ya Allah..hanya padaMU aku berserah..panjangkanlah umur abahku..berikanlah dia kesihatan..

Alkisah nak dijadikan kisah, aku sekeluarga tgh agak bermuram durja kerana abahku tersayang dah hampir seminggu terlantar kat spital. Sedih giler rasa dihati sbb anak pompuannyer yg sorang, menantu yg sulung dan cucu yg sulung ni nun jauh kat negara org. Kalo bisa aku terbang, aku mau pulang!...tak kisahla naik apa..asalkan sampai...huhuhuhu!

Sakit lama abah dtg balik. Demam yg tak kebah2,lemah, lembik..tak bermaya sampai nak angkat badan sendiri pun tak mampu. Jawabnyer, duduk wad la!...masuk air, masuk darah...masuk antibiotik. Sejarah kesihatan abah yg ada kencing manis, darah tinggi & bermacam2 lagi sakit yg bersangkut paut membuat dia lemah...berpapah dan ber'diapers'. Aku tau mcmmana keadaan abah yg tgh sakit tu. Sedu sedan abah menahan sakit.

Alhamdulillah...selepas hampir seminggu abah di hospital, kesihatan dia beransur pulih. Lega rasanya mendengar berita. Semoga abah akan bertambah sihat dan pulih dari dugaan sakitmu itu....Amiin....

baby3

Friday, 5 September 2008

Yeyeahhh! Dapat kad raya!

kad raya

Waaa..jgn main2! Aku dpt kad raya tau dari Mesia! Baru naik semangat aku nak raya nih!..

Kad ni dari ex-colleague kat Yamaha Music, KJ. Ingat jugak diorg kat aku yer.....rasa mcm nak balik duduk kat meja opis plak...rinduuu!!!

Anyway,a million thanks for those who contribute in signing this precious hari raya card.. may God bless u!!

Miss u all...

~ Zai - minah gosip dduk sebelah aku
~ Jit San - abg hensem ajor piano
~ Laila - akak yg rumah xder econ..
~ Julie - ni wa punyer great BOSS wooo!
~ Eric - pakcik melaka mari
~ Kelly - pemegang takhta tempat aku sekarang!

Nanti kita sembang2 kat meebo & facebook wokeh! Muahhhhhzzzz!

* Cik Noraemon xnak bg kad raya ker? ahaks...

Monday, 1 September 2008

Bila Umminyer berpuasa....Iman??

meadow

Semalam 1st day berpuasa. Iman ni pulak, kalo mak dia suruh makan, punya lah liat nak suruh makan sengsorang. So, untuk menyeronokkan keadaan, aku bawak dia pegi jenjalan Meadowhall.Kononnya nak carik kasut baru nak pakai pegi nursery Rabu ni. Saja belikan kasut baru, biar dia excited sikit masuk nursery lepas 6 minggu cuti sekolah.Dalam pada kitorg berjalan tu, dia pon mulalah...mintak macam2. Aku pun layan la..belikan air, belikan cookies.Millies cookies yg dia makan tu dia panggil lolipop. Besar ler jugak..sampai tak abis dia nak makan.

Actually, aku nak kurangkan aktiviti 'membotol' dia.Dah nak masuk 4 tahun dah, malasla aku nak manja2 kan sgt dia dgn botol susu dia tu. So, selagi dia tak mengamuk mintak susu dlm botol..aku wat dunno jer. Dah jalan2 tu, aku buh dia kat themeplay dlm meadowhall tu. Kasik dia main puas2. Last2 tu dia surrender...dia cakap apa tau??

Iman: Ummi...Iman nak balik lah! Sakit peruttt...(sll sakit perut tu meaning lapar)
Ummi: OOO...Iman lapar yer? Itu la..tadi umi nak suap nasi Iman tak nak.
Iman: Bukan lapar la...Iman kembong! (sambil ketuk2 perut dgn tangan)
Ummi: Kembong? sakit perut yek?? nak bobo ker?(~ bobo tu be**k)
Iman: Bukan...sakit kat sini (tunjuk perut siap angkat2 baju)
Ummi: Emm..Iman laparla tu...jom balik makan nasi.
Iman: Bukan nasik laaaa...Susu!
Ummi: Ok...nanti carik susu minum dlm cawan yer...
Iman: Bukannnn...susu dlm botol!!...wuaaaaa...(kuat giller dia melalak!)

Laaa...blom hilang gian botol dia rupanya..dari melalak kat situ, baik lah aku bwk balik....mengalah jugak la si Ibu...sampai rumah, buat susu botol 8 auns, lelaplah mata Iman tu...

Sunday, 31 August 2008

Selamat Berpuasa

DSC_1325

KAMI SEKELUARGA ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di serata benua. Semoga kita semua dapat mejalani ibadah kita pada tahun ini dgn penuh kesabaran dan ketakwaan. Amiinnn..

Saturday, 30 August 2008

Khas untuk tuan punya Chiko...

chiko

Nurul & Syazlan,

Chiko ingin mengucapkan selamat berpuasa utk korang..aku tulis bg pihak jer. Pastu dia suruh tgkler gambor2 ni kalo rindu kat dia...hehehehheeh!

** kalo Chiko buleh cakap camtu..aku pulang balik Chiko kat korang yek!!...

Gambor ni diambil semua masa Babah tgk tv. Chiko mmg suka menyempit...tido selit2..manja2 gitu.

Wednesday, 27 August 2008

Iman bila Boring....

Gambar ni aku amik semalam.Bagi upah Iman sbb jadi budak baik. Dia baik arini sebab tak pi main kat luar. Nursery tutup 6 minggu so,dlm masa 6 minggu tu...pening kepala aku layan kerenah dia kat rumah.

iman
Iman arini dtg mood nak melukis. Pulak tu peralatan kena lengkap mcm selalu dia melukis kat nursery.Siap dgn bib bagai!. Nasib baik la brg2 sekolah budak2 kat sini tak de lah mahal mana. Kat Poundland pun melambak.

iman 2
Dah aku biar dia melayan perasaan dgn hasil karya2 dia, dia pun lukis la dgn mcm2 gaya. Aku tgk sampai kembang berus lukisan tu. Aik..kata anak org seni, gini gaya ker lukis bang?..heheheh..kalo ikut darah aku, tidak ler aku melukis.. kira2 campur tolak bahagi pandai ler!

Jeng..jeng..jeng! Ini pulak apa????

Ha! Ni lah aktiviti harian dia yg susah benor aku nak larang. Pantang celik mata, dgr bunyik pintu org sebelah terus naik antena kat telinga tu. Soalan lazim dia mesti...'What's that sound?"..waa....kalo aku tipu,aku dosa..terpaksalah aku bukak kan jugak pintu bagi diorg main.Gambar ni gambar candid dari bilik Iman. Lokasi: backyard jiran aku la....

ismai
Main jongkang jongket versi buaian....tinggi ko dia buai!

Aku nak bising2 diorg main kat luar pun tak guna. Dah nama pun budak, biorler diorg explore sendiri. Tapi, kdg aku geram..bila balik tangan lebam, kaki lebam, mata lebam...ntah main apa ntah sampai lebam2. Kadang aku intai jugak, diorg ni main action2 ala power ranger tu rupanyer. Bergulung berguling ! Patutla lebam sana sini...Bila sakit tu, sanggup tahan, sbb takut kena masuk rumah..takleh nak main dah..!

isma
Ni semua anak2 jiran sebelah2 ni. Geng org Arab.

ims
Yang sorang tu majuk kot ..dah nak balik rumah.hehehehe!

isss
Yang kecik depan tu selalu mangsa keaadaan..sikit2 dengar ler dia melalak sbb abg dia tak layan. Yang Iman pulak kuat pedajal. Berebut jer..pening kepala aku!

isssa
Ni salah satu bukti kemusnahan ruang tamu...arghhh...tensionnnn! tu yg aku halau2 diorg main kat luar tu!!!Korang tau...1 hari nak dekat 4-5 kali aku ngemas!